Friday, January 15, 2010

kurus and sicomel

Lama rasanye tak bercerita di blog ini. Hari ni aku terpanggil utk menulis diblog aku ni.... aku nak mencurahkan apa yg aku rasa dan rasa ketidakadilan kepada org yang bertubuh sihat, comel gemuk (mcm aku).....

Ditempat aku ada budak baru (perempuan) yang bertubuh besar mcm aku....seorg pun tak nak mulakan perbualan atau bersahabat dgn nye.... mcm aku dulu2. tapi budak ni selamba tegur orang termasuk aku. Aku dgn siapa pun aku bersahabat so budak ni (muda lagi) menjadi kwn aku skg... berkelulusan dan baru balik dari mesir. Yang aku kasihan jantan-jantan kat tempat aku tu, langsung tegur mcm tak ikhlas, mentang-mentang budak tu sihat. suruh ajar keje pun, masing2 buat tak tahu.

minggu lepas ada lagi budak baru datang (perempuan), muda, diploma, putih, dan kurus.... belum sempat duduk budak tu, ramai yang tanya khbar..... ofer pulak nak tolong ajar keje (ha!!ha!!ha!!) dasar jantan2 perasan....tak lama lagi pasti kawin cepat....ramai nak melamar

Budak yang sihat ini pun ckp kat aku, dulu dia datang sambutan tak mcm budak kurus tu... aku ckp (adatlah dik, memang kat mane pigi pun jantan2 akan pilih yang kurus, cantik.... biar perangai mcm hantu pun kalau muka lawa, putih, kurus memang dah bagus bagi mereka.

aku pelik sebab kat jabatan ni lebih mementingkan rupa paras teruslah boleh jadi itu ,ini,..... yang tua, gemuk ketinggalan....kualiti keje tak de pun tak apa, janji pandai jaga penampilan, rupaparas cantik, kurus, body solid.....

kadang2 terpikir jugak kalau aku jumpa lelaki/jantan2 yang mementingkan kecantikan luaran semata2 aku akan reject dia org. Bagi aku tak perlu rupa paras , yang penting keikhlasan dan kecantikan dalaman dihati..... (bak kata org terima seadanye)

kehidupan harus diterus walaupun ada yang tak suka pada kita, kita kenalah pandai mencorakkannya dan bak kata pepatah bersyukur dan sentiasa berserah pada yang maha Esa...

No comments:

Post a Comment