Thursday, September 16, 2010

hari raya dah pun berlalu seminggu.... so cuti tak de, duit pun pokai (hheee)
tiba masa untuk simpan duit untuk mencapai impian... (dah tiba masa baru boleh cite)
harapan dan doa semoga apa yang diimpikan terlaksana jua. Insyaallah
aku percaya impian yang ikhlas pasti allah akan sentiasa berkati. Walaupun impian yang ingin dilaksanakan terdapat mcm2 cabaran dan dugaan. Jatuh dan bangun, kalah menang terpaksa ku harungi....

Thursday, September 2, 2010

Raya tahun 2010.... kenapa aku rasa tak mahu beraya, mcm biasa je. tak de baju raya, kasut raya, duit raya dan eetc.....
bosan betul bila dipikir2 sikap setengah orang yang berada disekliling aku ni. mengambil kesempatan. bila perlu je pandang aku, bila tak perlu dibuat mcm sampah.
bila aku bengang dgn setengah org ni, aku akan diam dan okay... kau buat aku mcm ni... kenapa aku perlu pikir tentang diri kau.

hidup aku memang bosan..... i didnt hate myself, but i hate some people uuuuuuhhhh benciiiiiiii
apa yang salah pada diri aku ni, knp ye aku dipandang hina....

Sunday, August 29, 2010






Berbuka puasa yang di sponsor oleh kawan... penuh meja..... memang best, makanan yang sedap, semuanya masakan melayu.

Sunday, July 25, 2010





Perkahwinan di Perangsang Golf di Rawang.....

Thursday, July 15, 2010

bengang yang amat sangat..... pigi kenduri pada 3 julai, balik kete anak buah accident.
ialah walaupun bukan kete aku tapi aku yang ajak gi kenduri, jadi rasa bersalah tu ada.

yang bengang orang yang langgar tu PENIPU
tak sedar diri
bergaduh dengan anak buah
aku cuba leraikan...

yang bengang teramat
1. aku cuba leraikan, orang sengau tu boleh suruh aku diam
2. janji dengan aku nak call dan bayar TAPI HAMPEH!! SEBAB PENIPU
3. boleh tak angkat tel
4. bengang juga sebab kawan aku marah sebab doakan orang sengau tu yang buruk2
5. aku memang bengang sebab aku memang TAK SUKA ORANG MENIPU

MEMANG AKU BENGANG

Ahhhh boringnye, asyik kursus dan kursus je.... tambahan keje sebab tanggung keje orang lain (aset).. kursus pulak jauh2 kat ipoh la, kelantan la.

cari alasan tak nak pigi tapi kalau aku tak pigi, bos membebel... (bos cubalah faham)
seorang2 naik basik atau kapal terbang
terumbang ambik cari tempat
aku bukan nye orang kelantan
kalau KL kursus setahun pun aku tak kisah

tapi bila difikir2 itu lah maknanye KERJA
tak de kerja yang senang
nak tak nak kena gi jugak kursus
nasib lah badan

semoga allah permudahkan segala yang sukar dalam hidup ini
ialah aku selalunya nak capai sesuatu
memang susah nak dapat
kena bersusah payah
baru dapat mencapai kesenangan


Hari lahir ku yang ke 42
pada tahun 2010
impian belum dicapai
membeli sebuah umah yang sederhana
untuk hidup ku dihari tua

impian ke 2: dapat pigi umrah bersama ayah dan mak
impian ke 3: aku dan famili serta saudara, sahabat handai semuanya
berada dalam sihat walafiat
3 impian cukuplah kalau banyak2 susah pulak......





..................................

Monday, July 5, 2010


Selamat hari lahir ku yang ke 42.... tak sangka kwn2 kat pejabat raikan... ikhlas ke dia orang????
selalu tak pernah pun raikan... tapi tak kisah lah.... yang penting aku bersyukur aku di beri oleh kesihatan yang baik....
Dalam usia yang dah semakin tua ni banyak yang belum di miliki.... semoga hari2 aku diberi kesihatan yang baik, dan rezeki yang melimpah ruah.... AMIN!!! GOOOO CEEKMOKKKK





Thursday, June 24, 2010

Sekali lagi kereta kelisa kesayangan mengalami kemalangan... kali ini bumbep belakang serta kemik dan lampu sebelah kiri pecah..... sedihnya.... kadang2 kita berhati2 tapi orang lain mengambil kesempatan atas kereta yang kecil. ini semua tak dapat di duga

perkara2 ini tidak dapat dilupakan :

1. Kereta wira areoback - langgar tempat kasut kat umah dan dinding - RM 1,000 tahun 2004

2. Kete kelisa - bayar parking - ???? Rahsia ( ku pendam duka dihati) - 17.5.2009

3. Kete Kelisa dengan motor 250 (depan bumper jatuh, lampu pecah) Tahun 2009 - 18.7.2009

4. Kete Kelisa jugak tak dapat siapa yang salah - 21.6.2010


harapan ku semoga aku jua keluarga dan sahabat handai dilindungi..... Berhati2 di jalanraya, fokus!!!!

Tuesday, May 25, 2010



aktiviti bulan Mei 2010.....
Cuti cuti di Kuala Terengganu, tinggal di chalet selama 2 hari, bersama keluarga .......
kemudian balik kuala Terengganu, hadir kenduri kawin kat shah Alam.....

Saturday, April 24, 2010

Sajak ini aku ciplak .... kata2 amat menyentuh hati AKu!!!


Tuhanku
dalam riuh rendah dunia ini
aku kesepian
bagai kehilangan arah
dan pedoman
tetapi aku hilang punca
aku tahu dengan penuh keyakinan
engkau akan merestui kesejahteraanku
untukku terus berbakti kepada - Mu

Engkau tahu
aku di sini Tuhanku
didepan pintu-Mu
aku ketuk bertalu-talu
hingga terkulai lesu
mengharap Rahim - Mu

Limpahkanlah belas kasihan - Mu, Ya Allah
supaya aku tabah
tidak resah
menghadapi dugaanmu........


***********************************************

begitulah juga lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah ini..... bila dengar dan sering aku nyanyi (hati ini jadi sebak)....


Telah lama aku derita
telah lama aku kecewa
bagai mlm tanpa siang
ku kegelapan bersendirian
tanpa teman

mengapakah jadi begini
bagai laut tidak bertepi ingin aku merasakan secebis kasih
biarpun seketika
umpama musafir di jalanan
mencari haluan
terhenti di persimpangan
tak tahu kemana tujuan
tiada siapa mengerti
tiada siapa peduli
derita hati ku ini

sampai bilakah akan berakhir
ke mana harus ku bawa diri ini
puas suda aku mencuba
puas sudah aku terima
mungkin SURATAN NASIBKU
SUDAH BEGITU TIDAK KU KESALKAN
Minggu yang paling mencabar dalam kerja-kerja aku sebagai kerani di tempat sekarang ... aku tak sangka kerana seorang pekerja awam di pejabat aku yang tidak hadir betugas, datang lewat dan mcm2 hal (malas nak sebut) boss aku pun suruh aku buat surat laporan mengenai budak ini.... yang aku pelik dan hairan, bila tindakan telah diambil mula lah orang atasan campur tangan (biasalah manusia tak boleh tgk ada yang batu api tambah2 lagi budak tu anak emas orang atasan)

pegawai atasan tu pun mulalah hentam boss aku, boss aku pulak curahkan perasaan kat aku... aku rasa aku juga terbabit sama, sebab aku yang buat surat... boss aku cubalah jangan takut (tahulah perempuan) laporan yang kita buat atas budak itu berdasarkan ketidakhadiran dan kad perakam waktu yang tidak memuaskan..... orang atasan mulalah kata boss aku kena saman sekiranya tidakmengikut peraturan ...

boss aku mula lah mengelabah... aku disuruh buat surat!!! BOSS , SELAKU KETUA BAHAGIAN BOSS DAH BUAT APA YANG PATUT, APA2 YANG TIDAK PUASHATI BIAR DIA ORG RUJUK KAT IBU PEJABAT

aku geram sebab kerana budak itu anak emas... walaupun buat salah, dia orang masih nak mempertikaikan... knp???

semua nak menuding jari.... aku yang tersepit, sampai tak tidur mlm...
aku rasa tidak puas hati aku bgtahu kat (pegawai batu api itu) lantak lah kau nak ambik tindakan kat aku.... (kau memang kaki kipas) mentang2 kau baik dgn bos besar kau nak kipas....

pegawai pentadbiran menasihati aku jangan pening dan tension pasal ni, sebab aku kerani je, ini semua mainan untuk menjatuhkan sesorg...... dia janji akan berbincang dengan boss aku dan si kaki kipas dan pegawai yang menyibuk itu....

aku geram sgt sebab ayat yang diemail kat boss aku (boss aku pulak suruh aku balas)... adakah puan mengikut prosedur dan peraturan... kalau tak ia satu kes anyiaan hak asasi manusia boleh di bawa ke majlis peguam negara
(bila pula bos buat dajal kat budak tu, setahu aku dia punch lepas tu tak buat kerje, tido lesap entah ke mana, petang baru balik untuk punch....) kelakar kan

(aku bengang kat budak ni, kau tuduh aku hilangkan mc kau, padahal kau tak bagi aku,lepastu mengadu kat si kipas tu).... depan2 aku marah kat budak tu....

lantaklah manusia memang bermacam2.... aku harap bila kau buat mcm2 benda, buat fitnah dan burukkan dan menjatuhkan sesorang... biarlah allah je yang membalasnya.... amin

Buat boss aku, boss jangan takut keluarkan pendapat, boss telah buat perkara yang betul... tak perlu takut ....

malas nak cite sebab perkara ini buat aku bengang!!! ORANG MELAYU TAK PERNAH HABIS DENGAN PERASAAN DENGKI, SUKA BUAT PERKARA2 YANG MENGAIBKAN MANUSIA....(bukan semua)
inilah yang aku hadapi sekarang/.......

sejak aku jadi kerani mcm mcm dugaan yang hebat, mencabar, dicemuh, dihina, dikata dan kali ini..... uuuuuhhhh sedihkan semua aku telan dengan tangisan... kalau tangisan tak mampu melegakan dengan sahabat dan kawan yang boleh dipercayai je tempat mengadu....dengan ibu bapa cukuplah.....biar aku je telan semuanya

Tuesday, March 30, 2010



hari ini aku melawat kawan kat hospital yang jantungnya (pakai bateri).... jantung beliau terkena jangkitan....
lepas tu terus jugak singgah tgk kawan punya kawan demam denggi.... tak banyak nak diceritakan... yang penting semua yang sakit semoga sembuh..
jadi insaf sekejap bila melihat orang sakit. aku pun kena slim jugak ni...mmmmm




Saturday, March 27, 2010



Lama tak up date blog, terasa nak tulis blog nak cite pasal kursus yang aku hadiri pada 22 hingga 26 Mac yang lalu. Kursus mula dari pagi sampai ke tengah malam. Kursus B.Inggeris..... Mula rasa bosan tapi makin lama mkin seronok. Pensyarah pula Mr. Ravi asyik tanya soalan. Yang kelakar bila aku disuruh memperkenalkan diri... teringat tak apa2 aku bantai ckp orang putih. yang tak best bila aku dipanggil suruh peserta2 ckp pasal personality aku... aduh!! malunye ada yang kata aku cute, cubby, wear speaktacle, big eyes..... berpeluh2 aku berdiri depan dia orang semua. Mr. ravi pulak asyik sebut pasal kawin... malu jugak aku sebab aku yang dah tua tak kawin2. Tapi Mr. Ravi ni mcm pandai baca isi hati aku, aku tak disoal mcm2 pasal kawin.... Kumpulan aku di beri nama chicken and the gang... menang nombor 2 akhirnya... Kumpulan aku terdiri dari jurutera, pa, clerk, PTD. aku ni memang tak banyak ckp.... seronok tgk jurutera, PTD, PA bersoal jwb.....

Dalam satu aktiviti tu MR. Ravi melekat kertas kat belakang dan suruh semua peserta tulis di kertas peserta2 yang lain apa yang good dan bad pada diri kawan2 yang kita lihat. dalam kertas aku ada kata:

good- friendly, mmmm(ia ke aku ni friendly), like pensil (sebab selalu aku bagi ayat pensil) dan akhirnya aku digelar Miss. pensil.

Bad - aku no ask question, suruh be slim (mmmmm)

yang best aku ingat peserta jawatan PTD hadiahkan aku pensil (he!!!he!!he!!) mulaaku tak nak ambik, dia suruh gak ambik... terima kasih la... masa aktiviti drama kita orang buat singing competition ala2 af audition...

aku jadi adibah noli, peserta PTD yu pulak jadi adlin ramli rosydi (siap pakai spek mcm adlin) semua peserta ckp drama kita orang paling best... Peserta PTD buat betul2 mcm adlin baist betul... yang kelakar kita orang boleh kritik ckp orang putih tanpa berlatih... (kha!!kha!!kah) aku siap buat muka bbbbbuuuuu mcm adibah noor.... (kalau ada gambar nanti boleh la tgk)

Drama ini dipuji oleh MR. Ravi dan Pengarah (boss ) aku pun tak sangka boleh berlakun.... malu bila tgk lakunan aku bila diberi tonton semula oleh Mr.Ravi

satu kenangan yang tak pernah aku lupa........

Friday, January 29, 2010

pura-pura ????

bengang tgk muka dia
perasaan bagus tapi sebenarnye aku tgk kau tu tak apa2
berlagak
eeee... menyampah betul
sabar-sabar
buat keje mcm biasa
buka lagu kat telinga
lantak lah
aku benci
meluat
tapi aku pura2
bak kat skt LIFE MUST GO ONNNNN

Friday, January 15, 2010

Dugaan di Tahun Baru

Takziah
ku ucapkan pada teman karib ku yang baru melangsungkan
perkawinan 2 bulan lepas
tiba2 dapat berita kematian suami tercinta
aku harap azah akan sentiasa tabah
aku tahu mu seorg yang sangat-sangat tabah
mu selalu cakap
tuhan menduga kita dan psti ada kebesaran/hikmah disebaliknye
aku pasti satu hari
kebahagiaan akan bersamamu
*****************
baru-baru ni jugak aku melawat teman sepejabat yang jatuh sakit yang pelik
perut membesar dan kluar air di kaki.....
kaki menjadi kehitaman
(pelik kan)
mcm 2 yang aku dgr
ada kata buatan org, ada kata kencing manis, darah tinggi...etc
duit yang banyak
sekarang digunakan utuk bekalan ubat dan ke hospital
semoga akak cepat sembuh...
******************
aku jadi insaf dan terkedu
menitis airmata
betapa besarnye dugaan
daripada mu Ya Allah....

kurus and sicomel

Lama rasanye tak bercerita di blog ini. Hari ni aku terpanggil utk menulis diblog aku ni.... aku nak mencurahkan apa yg aku rasa dan rasa ketidakadilan kepada org yang bertubuh sihat, comel gemuk (mcm aku).....

Ditempat aku ada budak baru (perempuan) yang bertubuh besar mcm aku....seorg pun tak nak mulakan perbualan atau bersahabat dgn nye.... mcm aku dulu2. tapi budak ni selamba tegur orang termasuk aku. Aku dgn siapa pun aku bersahabat so budak ni (muda lagi) menjadi kwn aku skg... berkelulusan dan baru balik dari mesir. Yang aku kasihan jantan-jantan kat tempat aku tu, langsung tegur mcm tak ikhlas, mentang-mentang budak tu sihat. suruh ajar keje pun, masing2 buat tak tahu.

minggu lepas ada lagi budak baru datang (perempuan), muda, diploma, putih, dan kurus.... belum sempat duduk budak tu, ramai yang tanya khbar..... ofer pulak nak tolong ajar keje (ha!!ha!!ha!!) dasar jantan2 perasan....tak lama lagi pasti kawin cepat....ramai nak melamar

Budak yang sihat ini pun ckp kat aku, dulu dia datang sambutan tak mcm budak kurus tu... aku ckp (adatlah dik, memang kat mane pigi pun jantan2 akan pilih yang kurus, cantik.... biar perangai mcm hantu pun kalau muka lawa, putih, kurus memang dah bagus bagi mereka.

aku pelik sebab kat jabatan ni lebih mementingkan rupa paras teruslah boleh jadi itu ,ini,..... yang tua, gemuk ketinggalan....kualiti keje tak de pun tak apa, janji pandai jaga penampilan, rupaparas cantik, kurus, body solid.....

kadang2 terpikir jugak kalau aku jumpa lelaki/jantan2 yang mementingkan kecantikan luaran semata2 aku akan reject dia org. Bagi aku tak perlu rupa paras , yang penting keikhlasan dan kecantikan dalaman dihati..... (bak kata org terima seadanye)

kehidupan harus diterus walaupun ada yang tak suka pada kita, kita kenalah pandai mencorakkannya dan bak kata pepatah bersyukur dan sentiasa berserah pada yang maha Esa...