Wednesday, November 25, 2009

The Bigger Losser Asia

23 aku tgk chanel 702 kul 9 mlm rancangan the Bigger Losser Asia mengenai pertandingan orang-orang yang berbadan comel dipilih kemudian dilatih untuk menjadi kurus.... masa sesi pemilihan mcm2 bentuk yang berbadan besar, takut pulak aku tgk... tapi hati aku ini tersentuh bila mereka2 ini menceritakan sebab kenapa mereka perlu menguruskan badan

1. ada yang nak kurus sebab hinaan
2. nak anak (yang berkeluargalah)
3. susah nak bermain dengan anak yang kecil
4. orang payah nak bersahabat, dibuli
5. mendpt sokongan keluarga - ada yang ayah turut serta sekali
6. nak sihat
7. susah mendapat keje/jodoh/kawan
8. mereka yang tidak mengalami obes, selalu menganggap yang orang berbadan besar ni selalunya malas/tidu je/lembap membuat sesuatu
9. penyakit dan cepat mati
10. susah mendapat baju yang sesuai dan selalunya ada pun harganye berpuluh2 dan beratus2

apa yang diceritakan semuanya memang betul dan orang yang berbadan besar mcm aku je yang tahu, uuuuhhh sedih
pengalaman aku ;
- aku payah mendapat keje, tunggu 4 tahun untuk mendapatkan keje tetap.
- belum ketemu jodoh hingga sekarang, asal jumpa akan ckp " gemuklah awak, atau terus mendiamkan diri
- kena kata/atau terdengar bisikan2 mengutuk
- nasihat daripada family utk aku kuruskan badan
- susah nak mendapat kawan (kalau ada pun biasanya mempergunakan untuk kepentingan dia orang) aku dah biasa lali lah
- ur will regret if u not diet now

biasanya aku akan sabar atau kalau angin pus2 aku datang mahu aku carut /maki dia orang....
kadang-kadang tu kelakar gak ialah kata aku ni gemuk tapi dia orang itu muka mcm katak/ jalan mcm itik tak pula dicermin muka dia orang.
dulu aku memang pantang gaduh je kalau orang usik aku, kata aku mcm2.... tapi sejak aku makin tua aku lebih banyak mendiamkan diri, bawa haluan sendiri dan banyak2 bersabar.... kerana aku tahu satu hari nanti allah menjanjikan aku bahagia.
Dalam dunia ini siapalah yang tak nak cantik, kurus... mcm lah dia orang ingat kita suka2 nak gemuk.... kalau banyak duit tak pelah boleh gi keep slim lah, sliming program lah atau bedah je perut tu.... tapi aku mana lah ada duit.

No comments:

Post a Comment