Wednesday, November 25, 2009

The Bigger Losser Asia

23 aku tgk chanel 702 kul 9 mlm rancangan the Bigger Losser Asia mengenai pertandingan orang-orang yang berbadan comel dipilih kemudian dilatih untuk menjadi kurus.... masa sesi pemilihan mcm2 bentuk yang berbadan besar, takut pulak aku tgk... tapi hati aku ini tersentuh bila mereka2 ini menceritakan sebab kenapa mereka perlu menguruskan badan

1. ada yang nak kurus sebab hinaan
2. nak anak (yang berkeluargalah)
3. susah nak bermain dengan anak yang kecil
4. orang payah nak bersahabat, dibuli
5. mendpt sokongan keluarga - ada yang ayah turut serta sekali
6. nak sihat
7. susah mendapat keje/jodoh/kawan
8. mereka yang tidak mengalami obes, selalu menganggap yang orang berbadan besar ni selalunya malas/tidu je/lembap membuat sesuatu
9. penyakit dan cepat mati
10. susah mendapat baju yang sesuai dan selalunya ada pun harganye berpuluh2 dan beratus2

apa yang diceritakan semuanya memang betul dan orang yang berbadan besar mcm aku je yang tahu, uuuuhhh sedih
pengalaman aku ;
- aku payah mendapat keje, tunggu 4 tahun untuk mendapatkan keje tetap.
- belum ketemu jodoh hingga sekarang, asal jumpa akan ckp " gemuklah awak, atau terus mendiamkan diri
- kena kata/atau terdengar bisikan2 mengutuk
- nasihat daripada family utk aku kuruskan badan
- susah nak mendapat kawan (kalau ada pun biasanya mempergunakan untuk kepentingan dia orang) aku dah biasa lali lah
- ur will regret if u not diet now

biasanya aku akan sabar atau kalau angin pus2 aku datang mahu aku carut /maki dia orang....
kadang-kadang tu kelakar gak ialah kata aku ni gemuk tapi dia orang itu muka mcm katak/ jalan mcm itik tak pula dicermin muka dia orang.
dulu aku memang pantang gaduh je kalau orang usik aku, kata aku mcm2.... tapi sejak aku makin tua aku lebih banyak mendiamkan diri, bawa haluan sendiri dan banyak2 bersabar.... kerana aku tahu satu hari nanti allah menjanjikan aku bahagia.
Dalam dunia ini siapalah yang tak nak cantik, kurus... mcm lah dia orang ingat kita suka2 nak gemuk.... kalau banyak duit tak pelah boleh gi keep slim lah, sliming program lah atau bedah je perut tu.... tapi aku mana lah ada duit.

Makan dan Makan Lagi



sihat nye aku ni..... diet wooooo diet

lepas daripada dengar ceramah agama, aku dan kawan yang bukan sewaktu dengannya terus cari makan. selesai pigi bank kami pun singgah makan di Tarbus. ingatkan harga mahal tapi tak sampai 50 ringgit. (murahkan). aku makan roti dan chicken tarbus + ais lemon tea dan kawan tu makan nasi berani + soya bean... tak selesa makan sebab depan aku asyik kena perhatikan dengan 2 orang couple. (tak dapat betul nak menikmati hidangan dengan selesa). mungkin couple tu tgk apa yang kita makan.
tapi tak pe hasilnye aku kenyang dan balik ofis kul 3....





Korban atau terkorban




25 November dgr ceramah di Masjid Negara mengenai topik " Korban atau terkorban "
memang best betul ceramah nye.... Ahli Panel terdiri drp Dr.Rubiah dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Disamping tu ade ceramah mengenai aman palestin... UUUUUhhhh memang sedih bila slaid mengenai palestin. terharu bila penceramah tersebut menceritakan peristiwa2 semasa berada di sana....( sejenak merasa kesyukuran dengan keamanan di Malaysia, dan betapa rezeki yang di terima daripada Allah) Insaf !!!!



Monday, November 23, 2009

aku kena pukau ke??????

semalam 23/11/09 - selepas citer nenek kebayan, dalam kul 5.30 petang, ada lah orang beri salam kat luar pagar, aku pun panggil lah ayah aku:

aku: ayah ada org kat luar
ayah: gi gi gi
(maklumlah ayah baru bangun tido petang mamai lah tu)
aku: ye
si penipu: ni nyamuk edes byk nak sembur,
(laju aje percakapan, entah apa-apa tanya nama, alamat , no tel )
aku: ok lah
si penipu: kena bayar 60 ringgit (masuk kat halaman umah) kata kena bayar skg
aku: ahhhh kena byr, tak nak lah
si penipu: bla bla (aku pun tak faham apa dia ckp laju je)
aku: terus masuk umah ambik duit 60
si penipu: terus ambik duit 60 lepas tu terus suruh aku tutup pintu
aku: ???? aik knp tutup pintu, biarlah asap masuk (tapi aku mcm ikut arahan terus tutup pintu)
ayah: siapa tu, knp bagi duit pulak sambil aku terus bagi resit
ayah aku bising-bising
asap tu sekejap je terus si penipu entah mana2.....
lepas tu aku bengang gak, aku memang payah nak bagi2 duit pada org yang tak kenal..... ???? tapi mcm ni aku boleh senang2 nak bagi duit kat si penipu konon2 (pest control tu) muskil lah ni.

ayah aku bising-bising.... aku diam je.... duit 60 simpanan untuk duit surat khabar di beri pada si penipu....
mcm2 auta orang kan untuk mendapat keuntungan

so mcm mana adakah aku ni kena pukau?????

Majlis Makan malam






Majlis makan malam semua kena berpakaian batik, tapi aku dari pagi sampai mlm pakai baju sama.... yang penting aku adalah aku


Sunday, November 22, 2009

gambar kmk di terengganu



ini gambar masa kmk di Permai Inn Kuala Terengganu pada 2 Oktober hingga 6 Oktober 2009.






Tuesday, November 17, 2009

bulan 11 ni memang terasa sangat bila gaji lambat. gaji bulan Okt.8/10/09 hinggalah sekarang tak ade gaji lagi. (44 hari jugak lah menghitung gaji yang seterusnya) aku terpaksa korek simpanan, makin lama makin sikit ni. mcm2 dalam kepala ni, kete, barang2 yang kita nak sangat perlukan. tapi aku lebih pentingkan duit minyak dan kete.... nak bayar insuran kete tak lama lagi ni. (aduh pening jugak kepala hotak aku ni). time mcm ini lah tabung simpanan siling jadi penyelamat.

lain kali aku kena beringat lah supaya tak jadi mcm ni.

Sunday, November 15, 2009

Stress

Bulan 11 betul2 buat aku stress, dengan gaji yang lambat, selisih faham dengan ????? semuanye buat aku tension.
kenapa aku selalu yang berfikir untuk dia orang tapi bila masa aku, tak ade siapa yang peduli
so salah satu melepaskan rasa stress dengan cara ini di atas.
2. berdoa dan sentiasa sujud pada Allah
3. aku jerit sekuat2 hati, tarik nafas dan sentiasa positif