Monday, December 7, 2009

Team building







kursus team building pada 13/12/09 pengalaman yang kedua yang kuhadapi. Pertama kat rompin okay. tapi yang kat PD ni aku terpaksa redah belukar, hutan kayu bakau, yang tanah lembik-lembik dan ke puncak menara rumah api.... sampai di atas, nafas dah sesak, terpaksa mereka-mereka urut2 aku, angin dan muntah keluar dan balik dengan van.....
rehat sekejap dan akhirnya aku pulih seperti biasa dan mengikuti kursus sehingga akhirnya.
alhamdulliah semuanya berjalan dengan baik walaupun kaki2 ni dan otot sakit2...












Wednesday, November 25, 2009

The Bigger Losser Asia

23 aku tgk chanel 702 kul 9 mlm rancangan the Bigger Losser Asia mengenai pertandingan orang-orang yang berbadan comel dipilih kemudian dilatih untuk menjadi kurus.... masa sesi pemilihan mcm2 bentuk yang berbadan besar, takut pulak aku tgk... tapi hati aku ini tersentuh bila mereka2 ini menceritakan sebab kenapa mereka perlu menguruskan badan

1. ada yang nak kurus sebab hinaan
2. nak anak (yang berkeluargalah)
3. susah nak bermain dengan anak yang kecil
4. orang payah nak bersahabat, dibuli
5. mendpt sokongan keluarga - ada yang ayah turut serta sekali
6. nak sihat
7. susah mendapat keje/jodoh/kawan
8. mereka yang tidak mengalami obes, selalu menganggap yang orang berbadan besar ni selalunya malas/tidu je/lembap membuat sesuatu
9. penyakit dan cepat mati
10. susah mendapat baju yang sesuai dan selalunya ada pun harganye berpuluh2 dan beratus2

apa yang diceritakan semuanya memang betul dan orang yang berbadan besar mcm aku je yang tahu, uuuuhhh sedih
pengalaman aku ;
- aku payah mendapat keje, tunggu 4 tahun untuk mendapatkan keje tetap.
- belum ketemu jodoh hingga sekarang, asal jumpa akan ckp " gemuklah awak, atau terus mendiamkan diri
- kena kata/atau terdengar bisikan2 mengutuk
- nasihat daripada family utk aku kuruskan badan
- susah nak mendapat kawan (kalau ada pun biasanya mempergunakan untuk kepentingan dia orang) aku dah biasa lali lah
- ur will regret if u not diet now

biasanya aku akan sabar atau kalau angin pus2 aku datang mahu aku carut /maki dia orang....
kadang-kadang tu kelakar gak ialah kata aku ni gemuk tapi dia orang itu muka mcm katak/ jalan mcm itik tak pula dicermin muka dia orang.
dulu aku memang pantang gaduh je kalau orang usik aku, kata aku mcm2.... tapi sejak aku makin tua aku lebih banyak mendiamkan diri, bawa haluan sendiri dan banyak2 bersabar.... kerana aku tahu satu hari nanti allah menjanjikan aku bahagia.
Dalam dunia ini siapalah yang tak nak cantik, kurus... mcm lah dia orang ingat kita suka2 nak gemuk.... kalau banyak duit tak pelah boleh gi keep slim lah, sliming program lah atau bedah je perut tu.... tapi aku mana lah ada duit.

Makan dan Makan Lagi



sihat nye aku ni..... diet wooooo diet

lepas daripada dengar ceramah agama, aku dan kawan yang bukan sewaktu dengannya terus cari makan. selesai pigi bank kami pun singgah makan di Tarbus. ingatkan harga mahal tapi tak sampai 50 ringgit. (murahkan). aku makan roti dan chicken tarbus + ais lemon tea dan kawan tu makan nasi berani + soya bean... tak selesa makan sebab depan aku asyik kena perhatikan dengan 2 orang couple. (tak dapat betul nak menikmati hidangan dengan selesa). mungkin couple tu tgk apa yang kita makan.
tapi tak pe hasilnye aku kenyang dan balik ofis kul 3....





Korban atau terkorban




25 November dgr ceramah di Masjid Negara mengenai topik " Korban atau terkorban "
memang best betul ceramah nye.... Ahli Panel terdiri drp Dr.Rubiah dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Disamping tu ade ceramah mengenai aman palestin... UUUUUhhhh memang sedih bila slaid mengenai palestin. terharu bila penceramah tersebut menceritakan peristiwa2 semasa berada di sana....( sejenak merasa kesyukuran dengan keamanan di Malaysia, dan betapa rezeki yang di terima daripada Allah) Insaf !!!!



Monday, November 23, 2009

aku kena pukau ke??????

semalam 23/11/09 - selepas citer nenek kebayan, dalam kul 5.30 petang, ada lah orang beri salam kat luar pagar, aku pun panggil lah ayah aku:

aku: ayah ada org kat luar
ayah: gi gi gi
(maklumlah ayah baru bangun tido petang mamai lah tu)
aku: ye
si penipu: ni nyamuk edes byk nak sembur,
(laju aje percakapan, entah apa-apa tanya nama, alamat , no tel )
aku: ok lah
si penipu: kena bayar 60 ringgit (masuk kat halaman umah) kata kena bayar skg
aku: ahhhh kena byr, tak nak lah
si penipu: bla bla (aku pun tak faham apa dia ckp laju je)
aku: terus masuk umah ambik duit 60
si penipu: terus ambik duit 60 lepas tu terus suruh aku tutup pintu
aku: ???? aik knp tutup pintu, biarlah asap masuk (tapi aku mcm ikut arahan terus tutup pintu)
ayah: siapa tu, knp bagi duit pulak sambil aku terus bagi resit
ayah aku bising-bising
asap tu sekejap je terus si penipu entah mana2.....
lepas tu aku bengang gak, aku memang payah nak bagi2 duit pada org yang tak kenal..... ???? tapi mcm ni aku boleh senang2 nak bagi duit kat si penipu konon2 (pest control tu) muskil lah ni.

ayah aku bising-bising.... aku diam je.... duit 60 simpanan untuk duit surat khabar di beri pada si penipu....
mcm2 auta orang kan untuk mendapat keuntungan

so mcm mana adakah aku ni kena pukau?????

Majlis Makan malam






Majlis makan malam semua kena berpakaian batik, tapi aku dari pagi sampai mlm pakai baju sama.... yang penting aku adalah aku


Sunday, November 22, 2009

gambar kmk di terengganu



ini gambar masa kmk di Permai Inn Kuala Terengganu pada 2 Oktober hingga 6 Oktober 2009.






Tuesday, November 17, 2009

bulan 11 ni memang terasa sangat bila gaji lambat. gaji bulan Okt.8/10/09 hinggalah sekarang tak ade gaji lagi. (44 hari jugak lah menghitung gaji yang seterusnya) aku terpaksa korek simpanan, makin lama makin sikit ni. mcm2 dalam kepala ni, kete, barang2 yang kita nak sangat perlukan. tapi aku lebih pentingkan duit minyak dan kete.... nak bayar insuran kete tak lama lagi ni. (aduh pening jugak kepala hotak aku ni). time mcm ini lah tabung simpanan siling jadi penyelamat.

lain kali aku kena beringat lah supaya tak jadi mcm ni.

Sunday, November 15, 2009

Stress

Bulan 11 betul2 buat aku stress, dengan gaji yang lambat, selisih faham dengan ????? semuanye buat aku tension.
kenapa aku selalu yang berfikir untuk dia orang tapi bila masa aku, tak ade siapa yang peduli
so salah satu melepaskan rasa stress dengan cara ini di atas.
2. berdoa dan sentiasa sujud pada Allah
3. aku jerit sekuat2 hati, tarik nafas dan sentiasa positif




Wednesday, October 21, 2009

BERANGAN-ANGAN


Jangan terkejut ye, saja berangan (HAAAAA!!!!) nak pakai baju jubah n topi ni almaklumlah sekarang ini musim konvesyen bagi family aku. walau pun aku tak berdaya nak belajar setinggi langit tapi sekurang2 merasa lah pakai jubah ni. mana tahu satu hari nanti angan2 jadi IMPIAN ???????

TAHNIAH...... pada klong dan anak buah idi..... atuk berbangga sangat (HEEEEE), atuk nak lekat gambar2 di dinding buat kenangan katanye....
gambar aku ni boleh tak join sekali... (he!!he!!he!!)

yang kiri tulah klong aku...
tahniah !! and Syabas sis

Thursday, October 15, 2009

Makan Time

untuk pertama kali aku makan di restaurant Al-Rawsha Restaurant ala-ala arabian
sebab apa......
kata adik yang baru masuk keje kat ofis aku ni, yang baru balik dari mesir dan pandai berbahasa arab, makanan di sini memang sedap dan kalau datang sekali mesti datang 2, 3 kali tu !!!!
jadi aku pun nak lah cuba,







ni nama kedai, lokasi nye kat Jalan Damai

nak tahu apa yang kita makan, kita orang pun order lah plain kabsa rica harga 6.00 (tapi boleh 3 orang mkn) tau!!
Lamb Mandy (tak order, tapi dia orang tersalah bagi... ) he!!he!!he!!
so makan aje lah tapi aku tak mkn kambing.....(22.00) dan beberapa makanan dan minuman


sedapkan...... tengoklah betapa sedap kita makan.. dan betapa gembiranya makan
Ha!!ha!!ha!!)


apa yang penting semua nye habis..... betul lah kata ummu (adik dari mesir tu, makanan arab memang best, tidak berminyak)


bila dah kenyang, bil pun datang...... so kenalah bayar (makan sedap mestilah harga nye pun tip top kan tapi tu bergantung pada apa yang kita makan)

harga.... ?????


teh o ais limau punyalah masam n kelat @ air batu punyalah sikit (aku dah lah kuat air batu, (arab ni tak minum air batu kot).....

tgk jel lah mcm kelat dan masam nye air

satu pengalaman makan di restaurant arab, ingatkan makanan arab tak ramai sambutan tapi kat sini sambutan ..... wah hebat tau!!!
ramai orang datang makan.....
so seronoklah sebab dapat merasai makanan yang lain daripada yang lain








































































































































Thursday, October 8, 2009

lama aku tak tulis blog
buat masa ini tak de citer yang menarik
biasanya aku selalu citer bosan, sedih, uuuuuuuhhh
aku dah mula cekalkan hati, tabah
dan aku kalau boleh nak mula kan satu kehidupan
yang buat aku betul2
rasa hidup ini satu pengalaman, cabaran dan menarik
sekarang aku sikit2 mula belajar untuk lebih sayangkan
tubuh badan ku.... aku nak jaga kesihatan dan diet
umur semakin tua dan aku tak nak hidup aku nanti
mengharapkan belas ehsan, aku terdampar (sedih kan)
sentiasa berdoa dan mengingati allah, sujud pada nye
kurang kan berjalan tanpa tujuan....
simpan duit sikit2 (lama2 jadi bukit) dan tak nak membazir lagi
cuba bersabar..... dlm setiap ujian daripada Allah
**********************************
Semalam pada pukul 9.30 mlm di TV9 hari khamis
aku selalu tengok citer Emergency
hati aku tersentuh
bila seorang lelaki yang berumur 47 tahun (kurang upaya)
jatuh pengsan di luar rumah flat DBKL di KL
jiran2 memberi bantuan dan memanggil ambulan
lelaki tu dalam keadaan pening2, mengetuk pintu jiran dan menunjukan
sekeping kad saudara mara (penjaga beliau)
Alangkah tersentuh hati ini bila jiran itu mendail nombor tersebut
saudara mara beliau berada di penang kerana balik kampung dan menyuruh
jiran tersebut memanggil ambulan
aku merasa sedih bila kakitangan ambulan itu yang turut sebak
berkata " knp ditinggalkan lelaki tersebut seorg diri tanpa makan minum'
sedangkan yang lain bersuka ria di kampung di Penang"
sedangkan mereka2 sedar
lelaki tu "orang kurang upaya'
bantuan diberi kepada lelaki tersebut dgn merawat lelaki tersebut.
nasib baiklah ada jiran2 yang berhati ikhlas utk menolong.......

Monday, September 14, 2009

Tension betul bila seminggu lepas raya
aku kena pigi terengganu
mesti aku bosan kat sana
padahal selama ini aku tak terlibat dengan kerja2 tersebut
aku bukan tak suka buat kerja2 tersebut
tapi bila pikir org2 yang pergi tu
semuanye tak sebulu dgn aku
berlagak baik kat pejabat
TAPI
bila kat luar
tunjuk kesombongan, berlagak
aku memang tension betul
yang pergi semua nye pura2
ADUh bosannye sangat.....sangat
dah tu seminggu pulak tu
MENYAMPAH,
TAK DAPAT DIGAMBARKAN
mungkin orang yg baca tak akan paham
sebab mereka tak berada dlm situasi AKU INI

Sunday, September 6, 2009

Tahun ini banyak cabaran yang aku terima
dari segi malang2 yang tak berbau... dan juga yang berbau
dari segi kewangan
kejap jadi banyak dan kejap tu jugak hilang dari pandangan
kesihatan pulak.... pening, sakit perut dan sakit belakang
keje kat ofis
dari pagi aku datang kul 7.00
tak siap2
malah bertimbun2
puasa juga mencabar tahun ini
sebab rasa letih, mengantuk
kenapa ye???
meeting pulak ....... knp pulak lama2
makan bulan puasa....
aku tak terasa nak makan itu dan ini
dibanding tahun lepas
mcm2 aku nak....
knp yeeek?????
berbelanja pulak dimusim raya....
aku tak shoping untuk aku,
baju raya pun tak de....
cukuplah aku dah beli pinggang mangkuk untuk mak...
duit raya untuk anak buah
mmmmm tengoklah
aku rasa aku post pone duit raya tu ke Raya haji
he!!he!!he!!
lepas raya kena gi terengganu pulak
malas nak pigi... cari alasan...
tapi
aku dah cap " semua tak nak"
jadi terpaska lah pigi jugak
duit lagi......
cabaran seterusnya....
AKU TAK SANGGUP
dan aku nak
tenangkan hati aku ni
********
Ya Allah, bantulah aku,dari segala kesulitan dan permudahkan

Tuesday, September 1, 2009

peliklah tahun ini saja kereta aku asyik buat hal je.
"nak je aku tanya knp lah kau kete sering menyusahkan aku,
aku jaga kau dengan baik, habiskan separuh gaji aku pada mu je....
bersihkan mu tiap dua minggu RM 7.00
tayar rosak 180 (belakang)
kini
tayar depan pulak RM 150
susahnye
dalam poket baki 3 ringgit (UUUUHHHH)
bila kau buat hal time raya
kete, tahu ke kau aku perlu
duit untuk raya
untuk diri aku, aku tak kisah
tapi aku nak gak bagi si kecil duit raya
aku mintak sangat2 pada Allah
jauh kan lah segala kesukaran utk ku
aku bukan nye orang kaya
cukup sekadar mkn minum seadanye

Thursday, August 27, 2009

Aku cukup bengang bila dia org kwn
semata-mata kepentingan masing-masing
mula aku ingat dia orang/mereka
betul2 nak bersahabat /kawan tapi bila dah berlaku satu perkara
yang begitu memualkan aku
sori lah aku pun tak ingin nak berkawan BAIK
dengan mu
cukuplah setakat
HAI, OK
itu pun bukan aku
yang bertegur sapa
kau yg terhegeh2
biarlah aku dengan cara aku
cukuplah sekadar
kwn cuma bersebab/atau inginkan sesuatu
aku pun sedar
siapa aku....
kalau kau seorang, baru nak cari aku
bila kau ramai2 kawan
tegur aku, pun kau tak ingin
mcm tu ke kawan
sori lah
aku tak suka berkawan
dengan orang yang cuba nak ambil kesempatan
atas kesenangan dan kepentingan diri
hati aku dah tawar
kalau aku senyum pun
sebab kau senyum
senyum aku SEMUANYE PURA-PURA
sama lah seperti apa yang
kau buat pada aku
PURA-PURA
SENANG CKP
TAK IKHLAS

Monday, August 24, 2009

pernah tak bila kita berdiri di sebelah seseorang

kemudian orang itu akan berlalu begitu aje

padahal kita kenal org tu

apa perasaan ??? aku!!

tentulah aku .....

buat tak tahu

tapi dlm hati akan berkata

aku tak akan berdiri di sebelah nye lagi

kalau org tu rasa aku ni

tak layak/

aku pun tak ingin .......

Sunday, August 16, 2009

kesakitan

entahlah bila teringat orang sakit terlantar aku mula sedar bila aku sendiri mengalaminye. Aku bangun dari tidur, betapa sakitnye belakang aku ni, tuhan aje tahu. nak bangun dari tidur, Ya Allah sakitnye.. aku tak tahu knp tiba2 je aku sakit di bahagian belakang. aku bubuh minyak angin, mak aku urut masih terasa sengal nye... tiba2 air mata menitis...... aku mula terpikir dengan berat badan aku ni, tambah pula dengan sakit ni, hanya aku mengucap Ya Allah, kau kuatkanlah hati ni menghadapi keadaan aku ni.
aku terpikir sekarang betapa pentingnye menjaga kesihatan...... Insyallah aku akan cuba mendietkan diri aku sendiri.....

Sunday, July 26, 2009

Mood: tak de moodListening to: -

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

DEMAM APA UBATNYE

hari ni aku keje, memang tiap kali dtg keje mood aku berubah jadi malas sgt, aku bukan tak suka dgn keje aku (aku memang suka sgt dengan keje2 yang aku buat) tapi entahlah mungkin persekitaran dan suasana tempat aku bekerja. (membosankan)!!!. tgk je tiap2 kali waktu rehat semuanye hilang, aku je yg setia kat sini.... (uuuuuhhhh!!! tiada yg sudi menemani ku)

Walaupun demam aku belum reda dicampur dgn batuk dan selesema. bertambah2 mood aku yang asyik nak marah je!!! bila umur semakin senja, maka senanglah anasir2 kuman kumin yang senang hinggap di badan ni... tu pasal lah doktor bagi antibiotik, tapi tak menjadi gak... kali ni dah masuk 5 hari aku demam, badan rasa tak bermaya..... sedih pulak bila pikir saat2 begini nak jugak tempat aku boleh bermanja, (sedihkan)....

Bila aku teringin nak mkn, aku pergi cari sendiri atau suruh je mak masak (tapi aku tak sampai hati, maklumlah mak jugak demam)... orang kata kalau nak hilang demam minum sup ketam. jadi aku ingat hari sabtu ni nak gi psr cari ketam... walaupun aku tak sihat, pigi jugaklah. aku sendiri kena jaga diri akukan.

sedih bila saat2 mcm ni tak de siapa yang ambik tahu.... hidup kena teruskan walaupun sebesar mana pun dugaan aku harus tabahkan hati, sucikan diri, ringankan beban dgn bacaan al quran dan sujud padanye.

Monday, July 20, 2009


cuti semlm aku release tension dgn tgk wayang. tapi tgk harry poter. Beratur panjang. aku tak pernah tgk harry poter nak cuba lah konon, maklumlah sana sini org citer pasal harry poter. aku pun excited nak tgk..... tapi bila tgk aduhhhhh aku mula lah berdengkur..... anak buah dan kwn mula gelak kan aku.... aku bosan giler rasa nak bgn je dari tempat duduk. dah tu lambat habis... bosan giler cite ni... aku pikir gak semua dlm wayang tu senyap sunyi, tido ke tgk ni.... (he!!he!!he!!) mesti dia orang pelik, aku dan kawan aku asyik gelak, konon2 paham lah, bila dia orang gelak kita orang pun turut sama gelak, bila dia org senyap kita org pun gelak gak.....yang aku hafal perkataan dalmohor... (he!!he!!he!!) lain kali tak mahu tgk cite harry poter. serik.

kwn aku yang mengikuti harry poter pun, bukannye tgk asyik main sms je, mesti boring la tu, tapi anak buah aku wahhh khusyuk tgk cerite harry.poter.
kat cina sebelah aku mesti bengang kan. aku siap berdengkur (ha!!ha!!ha!) mungkin dia orang ingat geng-geng harry poter yang berdengkur rupanye aku !!! (ha!ha!! ha!!)

habis citer kita orang gelak (ha!!ha!!!ha!!) bosan cerita harry poter ni..... pasangan cina tu laju je menuju pusat bowling pulak..... (bosan giler la tu)

rutin kehidupan:-

Isnin - Jumaat:
**************
bangun keje seawal jam 4.30. belum nak bangun2 jam melewati kul 5.00, cepat2 mandi nanti pasti lambat ke tempat keje. habis bersiap jam 7. paling cepat 6.45 dah selesai. bukan mekap tapi melengah2 dgn termenung......

panaskan enjin kete lima minit aku berlalu dengan perasaan yang kadang2 mood okay bila jalan yang ku lalui lengang tapi bila jalan raya sesak, mood bertukar dgn mebebel seorang diri di dlm kete, sekali2 maki " hoi buta ke, bahaya.... ) tapi jerit kat kete je.

sampai kat pejabat sebelum 7.25 pagi. knp lemah je ni.... tak de semangat!!! tapi aku tak layan pun, kuatkan semangat buat keje mcm biasa...... biasalah dgn surat, menaip, minit mesyuarat, pigi mesyuarat .... kalau tak ade boss ringan pulak kepala hotak aku bebas wooookkkk tapi bila boss ade, jadi control baik punya !!!! (sori boss boss) hidup berpura2 cari mkn
balik keje 4.30 terus punch dan balik....

sampai umah rehat jap, tgk tv, solat dan tolong apa yang patut kat dapur tu....borak2 atau usik ibu he!!he!!he!! dan mlm pun cepatnye.... esok nak keje....


sabtu- ahad
**********
ni pulak tak tentu, kadang-kadang gi kluar dgn kawan hari sabtu, biasa jumpa kat tesco ampang (tapi dah fobia sejak kemalangan), sesekali kluar dgn anak buah, kadang2 pulak gi kenduri dgn ibu dan ayah.
rutin berkemas bilik, kalau dtg rajin habis semua yang tak guna dibuang2. Basuh kain. kalau malas terus tido sampai tgh ari..... (tapi solat harus dan sesekali je terlepas waktu)
petang kalau rajin gi start kete cuci kete.....
Rasa 2 hari diberi cuti amat lah pendek dan masa berlalu begitu cepat!!!
yang best bila cuti aku yang tetapkan menu nak mkn apa!! mula mencari kat pasar, ibu boleh rehat tau!!!

DUGAAN

Pada tahun ni banyak sangat dugaan yang ku hadapi... aku pun tak tahu knp sejak2 akhir2 ni aku terlibat dgn perkara2 buruk.

Pada 17 Mei aku kemalangan langgar parking - habis dalam 3, 500
(baiki kete + servis). aku ingat selepas tu aku berhati2 le, tapi pada
18 Julai sekali lagi aku terlibat dgn kemalangan kecil. Habis dalam 250.

Sedih jugak bila hadapi saat seperti ni.... bila aku beritahu ayah dan ibu, mereka mula risau di campur pulak dengan jiran sebuah rumah yang menyibuk dan cerita yang bukan2 pada bapa ku. Geram jugak pada jiran tu, buat ayah dan ibu susah hati...
aku memang sedih sangat, duit simpanan memang semakin kurang, disebabkan perkara2 ini. aku jadi stress, tension memikirkan perkara2 ini dan terpikir apa salah aku Ya Allah.

Aku sedih, aku tanggung sendiri, buat ayah dan ibu susah hati.... uuuuuhh!!
kete aku baru 2 tahun lebih, dah mcm2 hal. tambah aku semakin fobia tapi aku tabahkan hati, kuatkan semangat.

Dulu aku byk habiskan duit dengan perkara2 yang bukan2, skg sejak kejadian yang buruk.... aku kini cuba utk membuat simpanan kete. Belajar beli yang penting saja.

aku sedih dan perkara2 ini banyak menyedarkan aku....





Monday, July 13, 2009

AAAAhhhhh kerja oh kerja

sebut pasal kerja ohhh kerja, aduh mcm mana aku nak gambarkan perasaan betapa bosan nye datang ke tempat keje. Aku suka keja sebab dgn keje lah aku boleh byr duit kete, byr astro, beli mcm2 (memang bersyukur sgt2) tapi suasana di tempat keje buat aku "fed up dlm bahasa kurang ajar " menyampah" . Tiap kali bangun tido, aku terpikir sejenak knp tiap kali aku berada di alam pekerjaan memang kepayahan dan suasana yang berbagai2 yang aku tempoh.




aku suka dengan keje aku, ialah aku boleh dpt mcm2 pengalaman. Mula2 aku keje adalah di Petaling Jaya pada tahun 24.4.94 (9 tahun). Keje sebagai jurutaip. 10 tahun (lama kan) tapi knp aku bahagia. tempat keje kebanyakan di Petaling jaya semuanye perempuan. Tapi knp aku boleh bergaul, mesra dengan dia orang.... semua staff kat Petaling Jaya (cawangan Penyelidikan) okay2.



Tapi 23.12.2003 setelah 10 tahun aku dinaikkan pangkat (Pem.Tadbir Perkeranian) berpindah ke Jalan Dato Onn. Maka disinilah bermulalah episod yang mengerikan dan syahdu.
mula lapor diri di Kementerian Perpaduan, selama 3 bulan bekerja di Pejabat Menteri... staff kat sana memang best sangat sampai skg jadi kawan terbaik aku. tapi bak kata orang " indah cuma sementara je" kementerian perpaduan dibubarkan pd 27 Mac 2003.

Aku ditukarkan 1 Jun 2004 2 tahun lebih je) pula ke Kementerian Wanita (KPWKM). Disinilah bermula episod duka aku hingga aku mohon bertukar ke tempat sekarang aku keje. (aku malas nak cerita kat Kementerian Wanita sebab masa aku kat sana memang membuat aku hidup dlm kesedihan hingga melibatkan ayah dan ibu. (so aku tak nak ingat hal ni lagi) bagi orang yang memusuhi aku " masing2 dah dapat balasan dunia kan" so sendiri pikirlah. atas sebab2 itu aku mohon bertukar dan akhirnye dapat gak bertukar.



Pada 20 Mac 2006 aku bermula di tempat skg la, aku berada di tempat yang membosankan. sebab apa??? sebab kat sini semua lebih memandang pada kecantikan, trampilan, muda. Persekitaran buat aku menyampah dan meluat dengan orang2 yang sewaktu dengan perasaan diri tu bagus bak kata orang skg (baik punya)...... apa yang aku buat skg, buat keje dengan yang terbaik, byk membaca dan teruskan kerajinan aku ( cewahhhh). biar org nak kata aku..... ape yg aku buat hadapi dgn selamba. (ade aku kisah)!! dah masuk 3 tahun aku kat sini.... lepas ni haluan aku ke mana laaaa pulak !!!!



terfikir dan terdetik di dalam hati ni " bila lah aku nak pencen" entahlah... ini lah dugaan hidup aku. tuhan menguji aku (sabor ajelah yeee)


byk benda yang masih aku tertinggal dalam mengejar sebuah kehidupan yang bahagia


(uuuuhhhhh sedih)



Kalau aku bosan aku akan jadi seperti ni:::

Kampung ku


inilah driver gi kampung , tapi berbaloi kan dapat upah lagi, mkn durian lagi

sedapnye makan
aku balik ke kampung dan singgah ke Kuala kangsar, menikmati makanan bersama family (yang paling banyak mkn tentulah ibu) ha!!ha!!ha!!. Memang sedap. Cucur udang ala keropok memang rangup sangat. SEDAP SANGAT!!! cuba tau kalau sesiapa gi sana.
Laksa uuuuuhhhh sedap hingga menjilat jari dicampur pulak dengan cendol!! (woi super)




lepas mkn kat Kuala Kangsar singgah mkn kat restoran tasik raban.... dengan ikan bakar (ala yang jalan2 cari mkn tu) ramai orang sebab apa ( kat kl tak jumpa ikan tenggalang tau) tapi kat perak dapat ikan tu.... cicah dengan sambal
Lepas tu gi balik kampung mak dan ayah... wahhhhh durian berlambak2. aku bukan lah kaki durian tapi sekadar merasa okay.... anak buah aku memang kaki durian, tengoklah dalam gambar makan sampai pak cik mat asyik kopek buah durian je (he!!he!!he!!)