Saturday, April 24, 2010

Sajak ini aku ciplak .... kata2 amat menyentuh hati AKu!!!


Tuhanku
dalam riuh rendah dunia ini
aku kesepian
bagai kehilangan arah
dan pedoman
tetapi aku hilang punca
aku tahu dengan penuh keyakinan
engkau akan merestui kesejahteraanku
untukku terus berbakti kepada - Mu

Engkau tahu
aku di sini Tuhanku
didepan pintu-Mu
aku ketuk bertalu-talu
hingga terkulai lesu
mengharap Rahim - Mu

Limpahkanlah belas kasihan - Mu, Ya Allah
supaya aku tabah
tidak resah
menghadapi dugaanmu........


***********************************************

begitulah juga lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah ini..... bila dengar dan sering aku nyanyi (hati ini jadi sebak)....


Telah lama aku derita
telah lama aku kecewa
bagai mlm tanpa siang
ku kegelapan bersendirian
tanpa teman

mengapakah jadi begini
bagai laut tidak bertepi ingin aku merasakan secebis kasih
biarpun seketika
umpama musafir di jalanan
mencari haluan
terhenti di persimpangan
tak tahu kemana tujuan
tiada siapa mengerti
tiada siapa peduli
derita hati ku ini

sampai bilakah akan berakhir
ke mana harus ku bawa diri ini
puas suda aku mencuba
puas sudah aku terima
mungkin SURATAN NASIBKU
SUDAH BEGITU TIDAK KU KESALKAN
Minggu yang paling mencabar dalam kerja-kerja aku sebagai kerani di tempat sekarang ... aku tak sangka kerana seorang pekerja awam di pejabat aku yang tidak hadir betugas, datang lewat dan mcm2 hal (malas nak sebut) boss aku pun suruh aku buat surat laporan mengenai budak ini.... yang aku pelik dan hairan, bila tindakan telah diambil mula lah orang atasan campur tangan (biasalah manusia tak boleh tgk ada yang batu api tambah2 lagi budak tu anak emas orang atasan)

pegawai atasan tu pun mulalah hentam boss aku, boss aku pulak curahkan perasaan kat aku... aku rasa aku juga terbabit sama, sebab aku yang buat surat... boss aku cubalah jangan takut (tahulah perempuan) laporan yang kita buat atas budak itu berdasarkan ketidakhadiran dan kad perakam waktu yang tidak memuaskan..... orang atasan mulalah kata boss aku kena saman sekiranya tidakmengikut peraturan ...

boss aku mula lah mengelabah... aku disuruh buat surat!!! BOSS , SELAKU KETUA BAHAGIAN BOSS DAH BUAT APA YANG PATUT, APA2 YANG TIDAK PUASHATI BIAR DIA ORG RUJUK KAT IBU PEJABAT

aku geram sebab kerana budak itu anak emas... walaupun buat salah, dia orang masih nak mempertikaikan... knp???

semua nak menuding jari.... aku yang tersepit, sampai tak tidur mlm...
aku rasa tidak puas hati aku bgtahu kat (pegawai batu api itu) lantak lah kau nak ambik tindakan kat aku.... (kau memang kaki kipas) mentang2 kau baik dgn bos besar kau nak kipas....

pegawai pentadbiran menasihati aku jangan pening dan tension pasal ni, sebab aku kerani je, ini semua mainan untuk menjatuhkan sesorg...... dia janji akan berbincang dengan boss aku dan si kaki kipas dan pegawai yang menyibuk itu....

aku geram sgt sebab ayat yang diemail kat boss aku (boss aku pulak suruh aku balas)... adakah puan mengikut prosedur dan peraturan... kalau tak ia satu kes anyiaan hak asasi manusia boleh di bawa ke majlis peguam negara
(bila pula bos buat dajal kat budak tu, setahu aku dia punch lepas tu tak buat kerje, tido lesap entah ke mana, petang baru balik untuk punch....) kelakar kan

(aku bengang kat budak ni, kau tuduh aku hilangkan mc kau, padahal kau tak bagi aku,lepastu mengadu kat si kipas tu).... depan2 aku marah kat budak tu....

lantaklah manusia memang bermacam2.... aku harap bila kau buat mcm2 benda, buat fitnah dan burukkan dan menjatuhkan sesorang... biarlah allah je yang membalasnya.... amin

Buat boss aku, boss jangan takut keluarkan pendapat, boss telah buat perkara yang betul... tak perlu takut ....

malas nak cite sebab perkara ini buat aku bengang!!! ORANG MELAYU TAK PERNAH HABIS DENGAN PERASAAN DENGKI, SUKA BUAT PERKARA2 YANG MENGAIBKAN MANUSIA....(bukan semua)
inilah yang aku hadapi sekarang/.......

sejak aku jadi kerani mcm mcm dugaan yang hebat, mencabar, dicemuh, dihina, dikata dan kali ini..... uuuuuhhhh sedihkan semua aku telan dengan tangisan... kalau tangisan tak mampu melegakan dengan sahabat dan kawan yang boleh dipercayai je tempat mengadu....dengan ibu bapa cukuplah.....biar aku je telan semuanya