Sunday, July 26, 2009

Mood: tak de moodListening to: -

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

DEMAM APA UBATNYE

hari ni aku keje, memang tiap kali dtg keje mood aku berubah jadi malas sgt, aku bukan tak suka dgn keje aku (aku memang suka sgt dengan keje2 yang aku buat) tapi entahlah mungkin persekitaran dan suasana tempat aku bekerja. (membosankan)!!!. tgk je tiap2 kali waktu rehat semuanye hilang, aku je yg setia kat sini.... (uuuuuhhhh!!! tiada yg sudi menemani ku)

Walaupun demam aku belum reda dicampur dgn batuk dan selesema. bertambah2 mood aku yang asyik nak marah je!!! bila umur semakin senja, maka senanglah anasir2 kuman kumin yang senang hinggap di badan ni... tu pasal lah doktor bagi antibiotik, tapi tak menjadi gak... kali ni dah masuk 5 hari aku demam, badan rasa tak bermaya..... sedih pulak bila pikir saat2 begini nak jugak tempat aku boleh bermanja, (sedihkan)....

Bila aku teringin nak mkn, aku pergi cari sendiri atau suruh je mak masak (tapi aku tak sampai hati, maklumlah mak jugak demam)... orang kata kalau nak hilang demam minum sup ketam. jadi aku ingat hari sabtu ni nak gi psr cari ketam... walaupun aku tak sihat, pigi jugaklah. aku sendiri kena jaga diri akukan.

sedih bila saat2 mcm ni tak de siapa yang ambik tahu.... hidup kena teruskan walaupun sebesar mana pun dugaan aku harus tabahkan hati, sucikan diri, ringankan beban dgn bacaan al quran dan sujud padanye.

Monday, July 20, 2009


cuti semlm aku release tension dgn tgk wayang. tapi tgk harry poter. Beratur panjang. aku tak pernah tgk harry poter nak cuba lah konon, maklumlah sana sini org citer pasal harry poter. aku pun excited nak tgk..... tapi bila tgk aduhhhhh aku mula lah berdengkur..... anak buah dan kwn mula gelak kan aku.... aku bosan giler rasa nak bgn je dari tempat duduk. dah tu lambat habis... bosan giler cite ni... aku pikir gak semua dlm wayang tu senyap sunyi, tido ke tgk ni.... (he!!he!!he!!) mesti dia orang pelik, aku dan kawan aku asyik gelak, konon2 paham lah, bila dia orang gelak kita orang pun turut sama gelak, bila dia org senyap kita org pun gelak gak.....yang aku hafal perkataan dalmohor... (he!!he!!he!!) lain kali tak mahu tgk cite harry poter. serik.

kwn aku yang mengikuti harry poter pun, bukannye tgk asyik main sms je, mesti boring la tu, tapi anak buah aku wahhh khusyuk tgk cerite harry.poter.
kat cina sebelah aku mesti bengang kan. aku siap berdengkur (ha!!ha!!ha!) mungkin dia orang ingat geng-geng harry poter yang berdengkur rupanye aku !!! (ha!ha!! ha!!)

habis citer kita orang gelak (ha!!ha!!!ha!!) bosan cerita harry poter ni..... pasangan cina tu laju je menuju pusat bowling pulak..... (bosan giler la tu)

rutin kehidupan:-

Isnin - Jumaat:
**************
bangun keje seawal jam 4.30. belum nak bangun2 jam melewati kul 5.00, cepat2 mandi nanti pasti lambat ke tempat keje. habis bersiap jam 7. paling cepat 6.45 dah selesai. bukan mekap tapi melengah2 dgn termenung......

panaskan enjin kete lima minit aku berlalu dengan perasaan yang kadang2 mood okay bila jalan yang ku lalui lengang tapi bila jalan raya sesak, mood bertukar dgn mebebel seorang diri di dlm kete, sekali2 maki " hoi buta ke, bahaya.... ) tapi jerit kat kete je.

sampai kat pejabat sebelum 7.25 pagi. knp lemah je ni.... tak de semangat!!! tapi aku tak layan pun, kuatkan semangat buat keje mcm biasa...... biasalah dgn surat, menaip, minit mesyuarat, pigi mesyuarat .... kalau tak ade boss ringan pulak kepala hotak aku bebas wooookkkk tapi bila boss ade, jadi control baik punya !!!! (sori boss boss) hidup berpura2 cari mkn
balik keje 4.30 terus punch dan balik....

sampai umah rehat jap, tgk tv, solat dan tolong apa yang patut kat dapur tu....borak2 atau usik ibu he!!he!!he!! dan mlm pun cepatnye.... esok nak keje....


sabtu- ahad
**********
ni pulak tak tentu, kadang-kadang gi kluar dgn kawan hari sabtu, biasa jumpa kat tesco ampang (tapi dah fobia sejak kemalangan), sesekali kluar dgn anak buah, kadang2 pulak gi kenduri dgn ibu dan ayah.
rutin berkemas bilik, kalau dtg rajin habis semua yang tak guna dibuang2. Basuh kain. kalau malas terus tido sampai tgh ari..... (tapi solat harus dan sesekali je terlepas waktu)
petang kalau rajin gi start kete cuci kete.....
Rasa 2 hari diberi cuti amat lah pendek dan masa berlalu begitu cepat!!!
yang best bila cuti aku yang tetapkan menu nak mkn apa!! mula mencari kat pasar, ibu boleh rehat tau!!!

DUGAAN

Pada tahun ni banyak sangat dugaan yang ku hadapi... aku pun tak tahu knp sejak2 akhir2 ni aku terlibat dgn perkara2 buruk.

Pada 17 Mei aku kemalangan langgar parking - habis dalam 3, 500
(baiki kete + servis). aku ingat selepas tu aku berhati2 le, tapi pada
18 Julai sekali lagi aku terlibat dgn kemalangan kecil. Habis dalam 250.

Sedih jugak bila hadapi saat seperti ni.... bila aku beritahu ayah dan ibu, mereka mula risau di campur pulak dengan jiran sebuah rumah yang menyibuk dan cerita yang bukan2 pada bapa ku. Geram jugak pada jiran tu, buat ayah dan ibu susah hati...
aku memang sedih sangat, duit simpanan memang semakin kurang, disebabkan perkara2 ini. aku jadi stress, tension memikirkan perkara2 ini dan terpikir apa salah aku Ya Allah.

Aku sedih, aku tanggung sendiri, buat ayah dan ibu susah hati.... uuuuuhh!!
kete aku baru 2 tahun lebih, dah mcm2 hal. tambah aku semakin fobia tapi aku tabahkan hati, kuatkan semangat.

Dulu aku byk habiskan duit dengan perkara2 yang bukan2, skg sejak kejadian yang buruk.... aku kini cuba utk membuat simpanan kete. Belajar beli yang penting saja.

aku sedih dan perkara2 ini banyak menyedarkan aku....





Monday, July 13, 2009

AAAAhhhhh kerja oh kerja

sebut pasal kerja ohhh kerja, aduh mcm mana aku nak gambarkan perasaan betapa bosan nye datang ke tempat keje. Aku suka keja sebab dgn keje lah aku boleh byr duit kete, byr astro, beli mcm2 (memang bersyukur sgt2) tapi suasana di tempat keje buat aku "fed up dlm bahasa kurang ajar " menyampah" . Tiap kali bangun tido, aku terpikir sejenak knp tiap kali aku berada di alam pekerjaan memang kepayahan dan suasana yang berbagai2 yang aku tempoh.




aku suka dengan keje aku, ialah aku boleh dpt mcm2 pengalaman. Mula2 aku keje adalah di Petaling Jaya pada tahun 24.4.94 (9 tahun). Keje sebagai jurutaip. 10 tahun (lama kan) tapi knp aku bahagia. tempat keje kebanyakan di Petaling jaya semuanye perempuan. Tapi knp aku boleh bergaul, mesra dengan dia orang.... semua staff kat Petaling Jaya (cawangan Penyelidikan) okay2.



Tapi 23.12.2003 setelah 10 tahun aku dinaikkan pangkat (Pem.Tadbir Perkeranian) berpindah ke Jalan Dato Onn. Maka disinilah bermulalah episod yang mengerikan dan syahdu.
mula lapor diri di Kementerian Perpaduan, selama 3 bulan bekerja di Pejabat Menteri... staff kat sana memang best sangat sampai skg jadi kawan terbaik aku. tapi bak kata orang " indah cuma sementara je" kementerian perpaduan dibubarkan pd 27 Mac 2003.

Aku ditukarkan 1 Jun 2004 2 tahun lebih je) pula ke Kementerian Wanita (KPWKM). Disinilah bermula episod duka aku hingga aku mohon bertukar ke tempat sekarang aku keje. (aku malas nak cerita kat Kementerian Wanita sebab masa aku kat sana memang membuat aku hidup dlm kesedihan hingga melibatkan ayah dan ibu. (so aku tak nak ingat hal ni lagi) bagi orang yang memusuhi aku " masing2 dah dapat balasan dunia kan" so sendiri pikirlah. atas sebab2 itu aku mohon bertukar dan akhirnye dapat gak bertukar.



Pada 20 Mac 2006 aku bermula di tempat skg la, aku berada di tempat yang membosankan. sebab apa??? sebab kat sini semua lebih memandang pada kecantikan, trampilan, muda. Persekitaran buat aku menyampah dan meluat dengan orang2 yang sewaktu dengan perasaan diri tu bagus bak kata orang skg (baik punya)...... apa yang aku buat skg, buat keje dengan yang terbaik, byk membaca dan teruskan kerajinan aku ( cewahhhh). biar org nak kata aku..... ape yg aku buat hadapi dgn selamba. (ade aku kisah)!! dah masuk 3 tahun aku kat sini.... lepas ni haluan aku ke mana laaaa pulak !!!!



terfikir dan terdetik di dalam hati ni " bila lah aku nak pencen" entahlah... ini lah dugaan hidup aku. tuhan menguji aku (sabor ajelah yeee)


byk benda yang masih aku tertinggal dalam mengejar sebuah kehidupan yang bahagia


(uuuuhhhhh sedih)



Kalau aku bosan aku akan jadi seperti ni:::

Kampung ku


inilah driver gi kampung , tapi berbaloi kan dapat upah lagi, mkn durian lagi

sedapnye makan
aku balik ke kampung dan singgah ke Kuala kangsar, menikmati makanan bersama family (yang paling banyak mkn tentulah ibu) ha!!ha!!ha!!. Memang sedap. Cucur udang ala keropok memang rangup sangat. SEDAP SANGAT!!! cuba tau kalau sesiapa gi sana.
Laksa uuuuuhhhh sedap hingga menjilat jari dicampur pulak dengan cendol!! (woi super)




lepas mkn kat Kuala Kangsar singgah mkn kat restoran tasik raban.... dengan ikan bakar (ala yang jalan2 cari mkn tu) ramai orang sebab apa ( kat kl tak jumpa ikan tenggalang tau) tapi kat perak dapat ikan tu.... cicah dengan sambal
Lepas tu gi balik kampung mak dan ayah... wahhhhh durian berlambak2. aku bukan lah kaki durian tapi sekadar merasa okay.... anak buah aku memang kaki durian, tengoklah dalam gambar makan sampai pak cik mat asyik kopek buah durian je (he!!he!!he!!)


























































































Sunday, July 12, 2009

PAMERAN KERJA KAWIN 2009


Bertempat di Jalan Conlay Krangkraf pada 11 Julai 2009, aku sibuklah nak tengok pameran kawin.... (ialah walau pun aku tak kawin, tgk pameran pun jadilah ) UUUUUhhhh






















lega rasa tension pun hilang tgk pameran ni, bersama sahabat (yang dah nak kawin) sedih ni...
tak pe lah kenangan ....










Wednesday, July 8, 2009

Curahan perasaan

aku nak cerita pasal jodoh... aku terpikir knp jodoh aku lambat sangat. Umur 41 tahun pun masih kosong bak kata orang single n available.. (uuuh!!uhh!)

yang paling sedih bila tiap kali tempat keje aku bercerita pasal kawin, kawin dan kawin. Masing2 berlumba2 nak kawin. yang tak de pasangan dia orang carikan jodoh.

Entahlah... manusia mana yang tak nak berkawin kan.
aku pun heran apa sebenarnye kekurangan aku???? aku masih tercari2 .

aku terpikir bila aku sakit nanti (dah tua) tanpa mak ayah disisi, siapa yang akan menjaga aku??? nak harap ahli keluarga yang lain semuanya punya kehidupan sendiri.
aku nak juga punya keluarga sendiri, ada orang yang mengambil tahu diri aku ni....
sedih kan bila diusia2 begini aku masih sendiri, kosong!!

hari demi hari, tahun demi tahun mcm tu jugak hidup aku, tak pernah berubah.....
aku tak mengeluh (sebab aku tahu tuhan marah pada org yang mengeluh) aku cuma meratapi nasib. kenapa aku tak mcm orang2 yang berkeluarga....

Sedangkan nenek 106 tahun boleh berkawin dengan lelaki usia 37 tahun. (kenapa aku tak berjumpa lagi dengan Mr.Right yang boleh menerima aku seadanya)!!!!

Lega rasanya mencurahkan pada titipan nota.

MAKE OVER KE???




Pada 7 Julai 2009, aku saja2 suka mengikuti nak kata jualan mekap "mary kay"... aku ingat dengar je, rupa-rupa diberi latihan make over serta mcm mana nak cuci muka dengan baik.









mcm badut kat sarkas je (he!!he!!he!)


so inilah hasilnye (he!!he!!he!!)


(ok tak???) sendiri pikir lah ye