Tuesday, June 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME


1 Julai 2009 (hari Rabu)

Happy birthday to me.... (uuuuhhh!!uuuuhhh!! ) dah semakin senja dan semakin terlebih membesar aku ni.... (he!!he!!he!!)
aku nak ucapkan syukur pada tuhan yang maha esa, kerana aku masih dibukakan mata, disihatkan tubuh badan dan masih boleh bernafas...... Terima kasih ya allah..... (uuuuh!!sedihlah pulak)

OKKKKK HAPPY BIRTHDAY TO ME.
ucapan untuk aku sendiri.... semoga di ketemu jodoh ye (ha!!ha!ha)

p/s: pada korang2 yang ingat hari lahir aku... terima kasih le ya...
nanti hari lahir korang pasti ku akan ingat gak

Monday, June 29, 2009

MAJLIS KERAIAN/PERPISAHAN STAF PEJABAT

Tanggal 29/6/09 staf aku bekerja buat majlis keraian/perpisahan staf yang akan bertukar ke tempat keje baru. Salah seorang ni adalah Meera. Dia ni memang cukup peramah, sentiasa tersenyum. Selama 8 bulan dia bekerja.... aku boleh lah dikatakan rapat gak dgn dia ni. (meera jenis suka bertegur sapa so kadang2 minum pagi sama-sama lah). Dia ni bukan rapat dengan aku je, dengan geng-geng lain pun dia rapat gak, almaklumlah peramah) Pagi2 suka tanya" hai akak sihat??? rindu akak!!! ha!!ha!!ha!! kelakar lah.... meera ni jenis manja, almaklumlah husband jauh kat pahang pulak tu tengah kandung anak pertama.

sekarang mesti dia happy sangat-sangat dapat bertukar dan bersama dengan husband kat pahang kan.... kat meera thanks... dan moga meera gembira dengan hidup meera!!!
(dari kiri: yang baju ungu(akak lailan), baju merah ( itulah meera), yang baju bunga2 biru light (akak Sadiah), dan yang terang (itu farah) dan yang baju hijau yang itu aku lah (ha!!ha!!ha!!)

Wednesday, June 24, 2009

KURSUS PENULISAN SURAT DAN MEMO

Kumpulan One Sdn Bhd (Jual air mineral) kha!!kah!!kah!!
Pada 22 dan 23 Jun 2009 aku terlibat mengikuti kursus di De Palma Ampang. Bayaran RM 890 seorang. Peserta kursus terdiri daripada pelbagai kem/swasta. aku diletakan dalam satu kumpulan yang dipanggil One Sdn. Bhd. (nama samaran kumpulan kami). Biasalah dalam kumpulan ada yang banyak mulut, senyap dan semua nak ikut ckp dia aje) tapi aku tak kisahlah yang penting aku dapat ilmu. (kha!!kah!!kah)

(sebelah kiri tu zillah dari Kem.Kewangan (aku ciplak gambar tau)

Penceramah memang best giler dan berpengalaman. Bila dgr penceramah berceramah memang rasa nak kursus 10 hari pun tak pe..... (kah!!kah!!kah!!)

" Penceramah ini namanya Encik Jaafar Sidik bin Ibrahim ur dikenali sebagai (JSI) from INTAN... best giler kalau dapat bekerja dengan orang sepertinya. Menurut katanya dia mengambil pekerja yang orang tak nak. (and so far orang yang tak nak tu lah yang dapat bekerja dengan baik).... mmmmmm fikir fikir kan lah + tidak bodek

ok ini lah kenangan kumpulan kami:



Wednesday, June 17, 2009

IMPIAN DAN ANGAN2

Setiap orang punya impian. Ada impian/angan2 yang jadi kenyataan dan ada jugak yang tak kesampaian. Bagi aku biarlah kita punya impian/angan2 yang besar mau yang kecil, sekurang2 dgn punya impian lah kita akan berusaha untuk mendapatkan nye. Aku percaya kalau kita berusaha dan dengan izin tuhan tak mustahil impian akan tercapai jua. (betul kan)!!!! Tak Caya.... cuma lah punya impian dan berangan2 dan terus usaha mendptkan... (lu pikirlah sendiri)
Impian aku dari dulu adalah;

1. mestilah semoga kedua ibu bapa dan ahli keluarga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan ikatan keluargaan sentiasa ada.... begitu juga diharapkan pd kwn2 ku yang rapat dgn ku moga dia org sentiasa diberikan kesihatan, rezeki dan kehidupan yang ceria (Aminnnn)

2. Diberikan kebahagiaan dalam hidup dari semua segi (bermula dari keje dan sebagainya)

3. yang ni pulak aku nak miliki sebuah kete (dah pun tercapai) itu pun mak aku dulukan pendahuluan dan seterusnya aku yang bayar bulanan... walaupun kete tu kecil tapi aku bersyukur lah kete tulah yg bwa aku kemana2 aje aku nak gi.. kalau rezeki aku byk, insyaalah aku akan beli sebuah kete yang sederhana besar untuk aku dan ayah dan mak aku (ha!!!ha!!ha!!)


4. miliki sebuah rumah yang sederhana... (ni bila ya)??? aku pastikan kewangan mencukupi, dan mungkin dalam masa 2 tahun ini....

5. aaaah ni pulak jodohlah...berjumpa dgn Mr.right yang terima aku seadanye
6. bila dah berjumpa Mr.Right tentulah berkahwin dan mempunyai baby comel lote kan... (oppppsss )

7. nak pigi ke mekah bersama dengan ayah dan mak dan famili semua lah. (indahnye)

8. simpan banyak duit, agar hidup terjamin (tak lah sampai jadi jutawan cukuplah bersederhana dari semua segi)

9. terus banyakkan ibadat, ialah aku semakin tua (uuuuh!!!uuuuuhhh)

10. semoga apa yang ku impikan tercapai (bak kata orang tak dpt semua, dapat separuh pun kira syukurkan) AMINNNNNN!!!!




Sunday, June 14, 2009

KERANA BOSAN NYE


Hari ini bosan sangat kat pejabat. tiap kali aku dtg ke pejabat eeeeehhh knp bosan ni??? suasana ke??? atau keadaan sekeliling????? atau tempat nye????? bagi aku keje seharian aku okay. aku senang dapat bekerja dalam bidang pentadbiran tapi aku tak tahu knp nak datang ke sini rasa bosan sangat???? KNP YE????


Kerja kerana duit, itu je aku yang bertahan hingga kini.


UUUUHHH ngantuk nye... mcm sleeping beauty lah pulak. ni nak tunggu mr Charming kiss (he!!he!!he!!) mesti mr charming ur Mr.right tu pengsan kiss aku..... Haaaaa!!!ha!!!!ha!!ha!!




KAWAN-KAWAN DAN SAHABAT

aku amat menghargai kawan-kawan aku. Dalam hidup aku cuma ada beberapa kawan/sahabat yang boleh aku percaya (kalau nak kongsi cerita/masalah) tanpa ragu2 dia orang ni lah tempat aku bercerita

1. noria- dia ni aku kenal masa aku kerja kat Petaling Jaya.. kira dah kenal dia selama 15 tahun. aku sampai sekarang dalam setahun 2 kali jumpa dia. birthday dia dan aku. blum kawin mcm aku gak

2. azah - kenal masa keje kat Pej.Menteri. aku dah kenal dia ni 6 tahun. aku boleh cerita masalah, suka duka kat dia ni... seorang yang sabar



3. rusma - aku kenal selama 10 tahun, sejak dia menetap kat KL, aku dan dia kurang berhubung (mungkin dia sibuk kot)


4. ina - kenal kat pejabat menteri gak.. sekali sekala je berhubung tapi bolek gak cerita masalah..tapi di ni tinggal jauh kat kuantan. berhubung melalui sms je.

Itu je sahabat terbaik aku woook... tak banyak kan. (sedih nyeee)

Bagi aku kalau kita bersahabat, kena lah ikhlas baru persahabatan kekal.

NI PULAK TENTANG CUCU-CUCU











1. ni hazirah anak (kak long) dia ni manja, berani, hidup penuh dengan kesenangan, menjadi kesayangan ayah dan mak maklumlah anak seorang. sekali sekala mintak tolong jadi driver sebab dia ni pandai drive dan tahu jalan. (sebelah kiri tulah azirah)
2. ni pulak cucu pertama daripada akak no (2) namanye Idi, seorang yang happy, happy dan happy... suka berckp mcm orang tua2 (he!!he!!he!!)

suka bercerita dan berdikari mcm emak dia jugak

3. idian - adik si idi ni, tak banyak cakap... suka bersendiri

4. Shafik - seorang yang rajin gak lah, suruh pigi kedai okay je (anak kakak no.3)

suka tengok orang menari

5. Shamin - kuat makan mcm aku gak, pendiam dan suka tengok kartun

6. Shaszani - biasalah suka kartun, kartun je

7. norhana - anak pada adik aku yang no 5.

hana ni kecik lagi, mestilah suka tengok kartun, kartun, kartun (suka kacau dia ni) he!!he!!he! sampai nangis dibuat nye (yang pakai baju putih tu)


8. iman hazik - kuat mkn buah... kecik lagi so tak tahu apa lagi (suka gigit kuku dia) ha!!ha!!ha!

yang ni anak pada adik aku yang lelaki tu::


9. Adam... nakal, hperaktive , suka belari ke sana sini tapi tak pe kecik lagi kan


10. Aiman ... kecik lagi so mcm mana nak tahu perangai dia... suka pegang beg (kelakar kan)

begitulah cerita-cerita cucu cucu hj. Abd Rahman... semua cucu2 atuk sayang.atuk rahman selalu bagi duit tak kira raya atau tidak. (biasalah sayang cucu kan).... belajar lah rajin2 jgn jadi mcm machik dah tu baru menyesal cos tak belajar tinggi2 uuuuuhhhh






Wednesday, June 10, 2009

perkawinan ayah dan mak, dikurniakan 7 orang anak. 6 perempuan dan 1 lelaki....
cucu ada 8 (2 perempuan 6 lelaki)....
okay yang pertama:-

kakak aku yang bernama noorizam (klong) berkawin dengan paklong (Abdul Razak) dikurniakan dengan seorang anak perempuan.
1. (Noorizam) K.long aku ni seorang yang suka senyum, sengih... tapi lembap (he!!he!!he!!) tapi bila tak ade duit kadang-kadang aku hutang kat kak long...

2. (hadidah no.2) mcm mana nak cakap tentang dia ni, seorang yang tak rapat dengan famili, lebih suka buat hal sendiri. ada 2 anak lelaki semua. (sebab dia ni tak rapat sangat maka aku pun kureng lah dgn dia ni) ps: jenguk2 lah ayah n ibu tu(uuuuh sedih wook)

3. (sakhijah no.3) semua panggil dia adik wpun dia ni kakak. tinggal kat sarawak semenjak berkahwin. jarang dan tidak rapat dengan aku

4. Tentulah aku ... aku ni suka ketawa (he!!he!!he!!) suka bergurau dengan mak dan orang semua tak tahu aku ni kelakar tau. Penyanyang, suka makan, tido, masak, dan tolong orang (cehhhh mcm lah aku ni kaya) ha!!ha!!ha!! sensitive

5. (noorlita) ni cikgu sekolah. suami pun cikgu gak (anak ada 2) seorang lelaki dan perempuan.
lita ni suka memasak, suka kot mkn mcm aku gak, suka shoping, masak dan kalau aku tak de duit suka jual baju kat dia (ha!!ha!!ha!!)

6. (hani) yang ni, aku selalu gaduh... sampai skg tak bertegur, mcm anjing dan kucing
Dia ni garang, suka mop lantai (elok keje kat restauran atau keje cuci memang sesuai kot) dia ni kalau balik keje tak ada mkn mengamuk, kalau umah tak bersih mengamuk gak.
(tinggal aku dan dia je tak kawin) tu sebab bergaduh kan

7. (Azam) - yang ni lah lelaki seorang dalam famili, dah kawin ada anak 2 anak lelaki.... manja sangat. masa dulu ayah selalu manja bagi semua apa yang dia nak... suka merajuk

PERIHAL KELUARGA HJ.ABDUL RAHMAN



Ayah aku bernama Hj.Abdul Rahman Ariffin berusia 78 tahun. Seorang yang garang, bertanggungjawab, masak telur rapuh (best nye dan sedap) sensitive, penyanyang.... ramai kawan kat taman maluri dan mudah menolong orang.

Ibu seorang yang suka masak, bergaya, mekap.... berusia 68 tahun (oppss nama ibu ku
Hajah Salmiah Hussin.. mak atau ibu memang seorang ibu yang open minded... ha!!ha!!ha!! semua boleh masuk... suka kan hiburan. artis yang ibu suka tentulah jamal abdillah, sharifah aini, mawi kot dan suka Akademik fantasia

JANGAN LUPA LIRIK










ni pulak gambar2 anak buah cuba nasib jangan lupa lirik kat sogo. Walau nasib tak menyebelahi, tapi sekurang-kurangnye ini kali pertama cuba nasib. (bukan aku tau, anak buah idi cuba nasib)
tak pe tak dapat duit sejuta itu, yang penting belajar rajin2 k

GAMBAR PERGI KAWIN UMAH SAUDARA







ni gambar-gambar pigi umah kawin belah mak.

BENGANG TUKAR BLOG

Hari ini aku terpaska menukar blog aku. Ini disebabkan blog aku telah dicerobohi oleh orang2 yang tidak sepatutnye membaca blog aku. Aku tak kisah kalau blog aku dibaca tapi janganlah nak kutuk-kutuk lepas tu gosip pulak. blog ini aku tulis atas apa yang berlaku pada aku, famili aku dan keadaan sekitarnya.
(blog ni boleh dibaca oleh family dan sahabat2 yang dipercayai je, tapi kalau blog ni dibaca oleh orang lain yang kenal atau tak kenal aku, aku tak kisah pun asal kan jangan mengata, mengumpat ... malah aku jemput-jemput dan sudi-sudi lah baca ayat-ayat yang aku tulis.

Blog ni aku tulis untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Tak kisah lah aku gembira, sedih atau apa2 je perasaan yang aku rasa, akan aku tulis dalam blog ni.

Kadang-kadang bila kita ada masalah kita luah pada famili, kawan, sahabat dan ada juga yang luahkan dalam blog. (kedua-dua ini tempat aku luahkan perasaan) uuuuuhhhh!!uuhh